Cash Voucher Giveaway

Followers

Friday, October 7, 2011

lagi info tentang ekzema atopik..


hai sayangsayang
entry kali ni fiza nk kongsi lg info tentang ekzema...
sebelum ni pun fiza dh ade wt entry ttg ekzema kn...--->entry ini & entry ini
so kli ni pun ttg ekzema jgk...
knpe?
sbb fiza slh sorg yg ade ekzema n nk kongsi info2 ttg ekzema ni ngn sape2 yg nk thu byk lgi ttg ekzema

***********************************************

Ekzema berasal dari perkataan Greek-boiling-merujuk kpd lepuhan yang wujud di peringkat awl pd sjenis kulit yang gatal

Pakar Dermatologi Jabatan Perubatan Hospital USM Prof. Madya Dr.Mokhtar Nor berkata,penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.


Di Amerika Syarikat tiga peratus penduduknya menghadapi masalah ini, manakala 10 peratus terdiri daripada bayi. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan atau memburukkan ekzema.
Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara.
Sehubungan itu, jika dilihat pada faktor ini ekzema lebih ketara di kalangan kanak-kanak. Tambah beliau, sesetengah individu mempercayai makanan tertentu boleh mencetuskan serangan ekzema.
Justeru, dengan mengelakkan pengambilan makanan tersebut dipercayai dapat mengurangkan serangan ekzema.


Ekzema adalah diantara penyakit yang tak dpt disembuhkan tetapi pelbagai jnis rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala2 yang x menyenangkan.
Sebahagian pesakit ekzema akan sembuh apabila dewasa.Hanya 5% penghidap penyakit iniakan berterusan sehingga dewasa.


Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:

* Mengelupas
* Bersisik
* Kemerah-merahan
* Kulit yang kering
* Penebalan kulit
* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk


PANDUAN MENCEGAH

* Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.
* Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.
* Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.
* Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.
* Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
* Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius
.


Vitamin & Minerals untuk Ekzema
Vitamin A penting untuk :-
*Kulit sihat, halus dan lembut.
*Pertumbuhan tulang
*Perlindungan dari selaput lendir di hidung, sinus, kelopak mata, mulut, tekak, perut dan saluran pencernaan, paru-paru, vagina dan rahim.*Sifat antioksidan
*Sistem kekebalan tubuh
Vitamin A boleh diperolehi daripada lobak merah, aprikot, labu, cili merah, brokoli, sayuran berdaun hijau, mangga dan ubi jalar, dandelion hijau, kale, susu, mentega, keju, kuning telur dan hati, tuna, mackerel, ikan-hati minyak

Vitamin C penting untuk :-
*Pembuatan kolagen kulit
*Antioksida untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh
*Melawan Jangkitan
*Membantu penyembuhan luka
*Melawan jangkitan bakteria

Vitamin E penting untuk :-
*antioksida
*penyelenggaraan sel yang sihat

Inositol penting untuk
*kulit dan rambut yang sihat

****************************************** 




            Alhamdulillah sekarang dh byk info tengtang penyakit ni blh kita bca di surat2 khabar & majalah.

 


sumber2 yg diperolehi adalah dr En.GOOGLE..n dri pengalaman diri sndiri


0 orang tengah pot pet:

previous previous previous