Cash Voucher Giveaway

Followers

Friday, March 18, 2011

APA ITU ECZEMA??

APA ITU ECZEMA??

tetibe je nk post entry psl eczema
knpe?cik fiza slh seorg yg ade eczema
malu ke ade eczema?
mule2 mmg malu sbb org laen blh nmpk tp bile pk2 blk ni dugaan yg DIA brikan
so kena hadapi sume ni dgn pnuh kesabaran
alhamdulillah eczema fiza x seteruk mcm dlu
msuk 2011 dh 9 thun kena eczema
lbih lnjut ttg eczema

:

APA ITU DERMATITIS/ACZEMA ATOPIK 
Ianya adalah gangguan kulit yang sering berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa. Dermatitis Atopik atau ekzema adalah satu keradangan kulit yang kering dan berasa gatal. eadaan kulit ini muncul pada siapa pun dari bayi kepada orang tua.

MENGDAPA MENDAPAT EKZEMA ATOPIK
Ekzema Atopik adalah satu gangguan genetik yang berkaitan dengan kulit yang sensitif. Keadaan ini selalunya dikaitkan dengan satu sejarah keluarga terhadap eczema, penyakit lelah atau demam alergi. Terdapat banyak fakto-faktor luaran yang mungkin mempengaruhi ekzema. 

BAGAIMANA RUPA DERMETITIS/ECZEMA ATOPIK 
Eksim dapat tiga jenis; ringan, sedang atau berat. Dalam kes paling ringan kulit berwarna merah, sedang, kekeringan dan berduri. Dalam kes sedang sampai parah dapat sangat memerah, gatal luar biasa, patah, renyah, pengelupasan, mentah, berdarah dan menangis cecair yang dikenali sebagai eksim basah. Orang dengan AD mempunyai semua mempunyai kecenderungan yang lebih kering, kulit gatal dan mudah jengkel. Hal ini boleh melanjutkan selama bertahun-tahun dan juga boleh mengakibatkan smashing dari kulit.

FAKTOR DAN CARA MENGELAKKAN EKZEMA MENJADI LEBIH TERUK 

Faktor-faktor yang menjadikannya lebih teruk termasuk: 
  • Perubahan suhu bilik secara tiba-tiba, senaman yang teruk dan cuaca yang panas dan lembap. 
  • Sentuhan dengan rumput atau pasir. 
  • Pakaian sintetik (sebagai contoh nilon) atau sakhlat. 
  • Kanak-kanak seharusnya memakai pakaian kain kapas atau pakaian dengan peratusan kandungan kapas yang tinggi. 
  • Perasaan susah hati yang beremosi. 
  • Penggunaan sabun berubat, mandi buih, air panas (yang cenderung membuang minyak semula jadi daripada kulit) secara sering. Gunakan sabun yang sederhana atau pengganti sabun seperti salap yang mengemulsi. Suhu air mandi seharusnya sejuk. Gunakan bahan cuci yang sederhana untuk membasuh dan membilas pakaian sebersih-bersihnya semasa cucian. 
  • Asap rokok.Di dalam bilik yang tertutup, asap dan wasap akan merengsakan kulit. Adalah baik untuk melarang merokok di dalam rumah. 
  • Bulu anjing dan kucing. Semua binatang peliharaan yang berbulu akan menjadikan ekzema lebih teruk. Elakkan daripada memelihara kucing dan anjing di dalam rumah. Begitu juga dengan alat-alat permainan yang berbulu dan permaidani. 
  • Makanan yang merengsakan dan air liur. Jus asidik dalam buah-buahan sitrus. Sebagai contoh buah oren dan sayur-sayuran seperti tomato boleh menyebabkan ekzema di sekeliling mulut. Ini selalu menjadi lebih teruk dengan jilatan bibir dan lelehan air liur. Adalah berkesan sekiranya anda menyapu satu halangan pelindung vaselin di sekeliling mulut, 2 hingga 3 kali sehari dan sebelum makan. 

ADAKAH PENYAKIT INI DAPAT DISEMBUHKAN 
Kecenderungan kulit sensitif akan kekal dengan anak anda hingga ke umur remaja. Namun ekzema anak anda akan bertambah baik secara beransur-ansur apabila umur mereka meningkat dan hanya beberapa orang sahaja yang akan terus mengalami ekzema yang menjejaskan semasa hidup dewasa. Perkara penting yang perlu diingati adalah kulit sensitif ini harus difahami dan dijaga dan jika ini dilakukan, selalunya kejadian dermatitis akan merupakan sesuatu yang jarang berlaku. 

RAWATAN UNTUK EKZEMA ATOPIK 
Tiada terdapat ubat yang akan mengubati eczema sehingga pulih. Adalah mungkin untuk mengawal ekzema secara berkesan dengan menggunakan satu rancangan rawatan yang mudah. 
  • Emolien-emolien. Ini adalah produk-produk yang melembapkan dan melembutkan kulit. Ianya membantu mengurangkan rasa gatal dan menggaru-garu, adalah selamat dan harus dengan sering, sekurang-kurangnya dua kali sehari, walaupun tidak ada ekzema yang aktif. 
  • Krim-krim steroid topikal. Penggunaan satu steroid topikal yang sesuai adalah selamat dan sebahagian rawatan yang penting. Ianya harus disapu dua kali sehari khususnya pada bahagian-bahagian yang terlibat sahaja. Doktor anda akan menasihati anda mengenai krim yang sesuai digunakan. 
  • Ubat-ubatan anti-gatal (antihistamin). Diberikan sejam sebelum masuk tidur. Ini akan membantu kanak-kanak tersebut menjadi lebih tenteram dan mendapat tidur semalaman yang lebih selesa. 
  • Antibiotik Kulit yang mengalami ekzema nampaknya akan menarik bakteria yang tertentu kepada kulit. Orang-orang ini mungkin hipersensitif kepada beberapa jenis bakteria dan ini mungkin menjadikan keadaan tersebut lebih teruk. Antibiotik mengurangkan bakteria ini dan mungkin menyembuhkan ekzema. Doktor anda akan menasihati anda sama ada antibiotik diperlukan. 
  • Sebagai tambahan kepada yang di atas, kuku perlu sentiasa pendek dan adalah penting.

eczema ambil mse yg agak lama nk sembuh
ade cikgu skolah yg mngajar fiza kena eczema lps 10thun bru sembuh spenuhnya
ssh jgk ade eczema nih.
dlu klu nangis je mesti kena kt mta.bengkak2 n gatal.bile panas n berpeluh msti gatal specially kt bhgian leher.
klu sejuk sgt pun ssh jgk.mkn kena jg.tp doc prnh ckp mkn je ape pun utk serasikan.
klu btul2 xserasi bru jgn mkn.
hrp2 1 hri nnti eczema fiza akn sembuh sepenuhnya...amin.....
n utk pengetahuan...ECZEMA ni TIDAK BERJANGKIT wlupun org sllu ckp penyakit kulit blh bjgkit..!!!

fiza nk ulang g skali
ECZEMA TIDAK BERJANGKIT!!!

6 orang tengah pot pet:

dyah16 ! said...

nice info.
sy pun ada eczema. tpi masa baby. sy kena dekat leher dan lepas tu berdarah sbb eczema tu tak kering. doktor suruh bedah je. sekarang dh tak ada lagi.
baru sekarang sy dapat tahu penyakit sy tu. hehe.

nazlyrahim said...

SALAM
CIK FIZA,SAYA JUG ASEORANG PENGIDAP ECZEMA..RASANYA DAH 3 4 TAHUN SAYA ALAMINYA..ECZEMA SAYA TERDAPAT DISENDI2 AJE.

Anonymous said...

saya baru saja dapat tahu saya ade ekzema. harap2 lah dapat cepat sembuh..

HZ Marketing said...

Salam...

Eczema adalah penyakit yang kadang2 boleh membuat kita buntu dan hilang sabar especially jika berlaku kepada anak2 yang masih kecil. Mengikut perangkaan di Malaysia, 2 dari 10 orang penduduk Malaysia dan 10-14% kanak2 yang berumur bawah 14 tahun adalah pengidap eczema. Ini adalah satu perangkaan yang cukup tinggi dan tidak boleh dipandang sebelah mata...

Untuk itu, NewGenn UK yang berpegalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini telah memperkenalkan Execzema iaitu satu produk untuk membantu pesakit eczema pulih sepenuhnya. Produk yang diasaskan dari minyak tumbuhan, halal dan bebas dari bahan kimia sentetik yang berbahaya seperti paraffin, emollient,alkohol dan steroid. Ikuti Execzema Programme kami...InsyaAllah Eczema Anda Mampu Pulih Dalam Tempoh 14 Hari!!! Mengapa Newgenn berpendapat begitu?? Sila klik di sini: http://hzmarketing-bio.blogspot.com/search/label/Execzema

TESTIMONIAL: http://www.youtube.com/user/NewGennUK?feature=watch

Sharing is caring...

Anonymous said...

assalam...
saya juga seorang pesakit eczema sejak kecil. pernah juga sembuh tapi tidak lama kemudian penyakit berulang kembali. memang sukar bagi pesakit seperti saya kerana eczema terdapat di pergelangan kaki(agak teruk juga).sukar untuk berhadapan dengan orang tetapi saya tetap tabah. saya juga terpaksa mengelak untuk melakukan aktiviti terutama untuk mandi kolam dan sebagainya kerana mengelak pandangan umum. memang tidak semua orang tahun mengenai eczema dan seringkali pesakit seperti saya sering dipandang negatif (kurang pembersih) walhal sebenarnya ia lebih cenderung kepada penyakit keturunan.

Anonymous said...

Sy pon ad eczema kt siku..

previous previous previous