Cash Voucher Giveaway

Followers

Thursday, June 16, 2011

PesanKu Buat Si Dia ♥~

Tolong sampaikan pd sidia,
Tolong beritahu sidia aku ada pesanan buatnya,
Tolong beritahu sidia cinta agung adalah cintaNya,
Tolong beritahu sidia cinta manusia bakal membuatnya alpa,
Tolong beritahu sidia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa,
Tolong nasihati dia jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan kedua ibubapanya,
Tolong katakan pada sidia dahulukan Allah kerana disitu ada syurga,
Tolong katakan pada sidia dahulukan ibubapanya kerana ditelapak itu ada syurganya,
Tolong ingatkan pada sidia aku terpikat kerana imannya bukan rupanya,
Tolong ingatkan pada sidia aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya,
Tolong ingatkan sidia aku kasihinya kerana santunnya,
Tolong tegur sidia bila dia mula mengagungkan cinta manusia,
Tolong tegur sidia bila dia tenggelam dalam angan2nya…
Tolong tegur sidia andai nafsu mengawal fikirannya,
Tolong sedarkan sidia aku milik Yang Maha Esa, Tolong sedarkan sidia aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan sidia tanggungjawabnya besar pada keluarganya,
Tolong sabarkan sidia usah ucap cinta dikala cita2 belum terlaksana,
Tolong sabarkan sidia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta,
Tolong sabarkan sidia bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
Tolong pesan pada sidia aku tak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong pesan pada sidia aku tak mahu menjadi punca kegagalannya,
Tolong pesan kepadanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya,
Tolong khabarkan pada sidia aku tak mahu melekakan dia,
Tolong khabarkan pada sidia aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita2nya,
Tolong khabarkan pada sidia jadilah penyokong dalam kejayaanku,
Tolong sampaikan pada sidia aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Tolong sampaikan pada sidia cinta kerana Allah tak ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada sidia hubungan itu terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan pada sidia kerana aku tak mampu memberitahunya sendiri,
Hanya Engkau yang maha mengetahui siapa dia…

Moga pesanan ku sampai kepadanya walaupun aku sendiri tak mengetahui siapa dan di mana sidia, Moga dia diibaratkan seperti seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan yang Maha Kuasa, Memasuki taman larangan secara sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

credit to: dear darl...:)

0 orang tengah pot pet:

previous previous previous